Thursday, September 09, 2010

ikhlas dari hati

Disini, ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga anda dan keluarga diberkati Allah SWT dibulan Syawal yang mulia ini. Bagi mereka yang mengenali diriku ini, ingin daku menyusun jari dan memohon maaf jikalau terkasar bahasa atau perbuatan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sebelum ini. Harap anda dapat memaafkan dengan hati yang ikhlas, dan bukan menjadikan Aidilfitri sebagai satu alasan untuk memaafkan. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman, jagalah diri anda dan semoga anda selamat tiba di kampung halaman anda. Jadi, tanpa berkata dengan lebih panjang, izinkan daku mengundur diri dengan Salam Aidilfitri buat anda sekeluarga. Semoga perayaan Aidilfitri anda dipenuhi dengan keceriaan dan kebahagiaan :)

No comments: